Wednesday, December 29, 2010

Menyusu secara eksklusif

Kita digalakkan menyusu secara eksklusif  bb sehingga usianya 6 bulan,  umum mengetahui bahawa susu ibu merupakan makanan yang paling lengkap dan sesuai untuk bayi seusia itu (Insyallah aku sedang berusaha kearah itu..semoga dipermudahkan)

Kepentingan adalah kerana:-
  • Susu Ibu mengandungi bahan pelindung penyakit (antibodi)
  • Faktor pertumbuhan
  • Penghasilan susu ibu akan bertambah apabila bayi menyusu dengan kerap

Susu Ibu

Penyusuan Badan: Baik buat Ibu dan Bayi

Tidak dinafikan, susu ibu adalah terbaik untuk bayi, ianya mengandungi nutrisi yang optimum untuk tumbesaran bayi, perkembangan minda dan fizikal badan. Ia juga mengandungi zat-zat pertahanan badan bagi melindungi kelemahan pertahanan badan pada peringkat awal kehidupan.

Kebaikan kepada bayi:-
  •  Susu ibu mempunyai kolustrum yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imuniti badan bayi
  • Kurang mendapat alergi, sakit usus / pencernaan dan asma (susu ibu mempunyai antibodi pertahanan badan)
  • Kurang mendapat masalah pencernaan/sembelit dan penghadaman
  • Berisiko rendah mendapat sintom kematian mengejut
  • Kesesuaian protin dan lemak didalam susu ibu berbanding susu formula
Kebaikan kepada ibu:-
  • Kesesuaian, susu telah sedia ada, tanpa dibeli, penyediaan dan berada pada suhu yang sesuai kepada bayi
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang dan sesetengah kanser
  • Membantu ibu mendapat berat badan yang ideal
  • Menjalinkan hubungan istimewa antara ibu dan anak
  • Tidak perlu berbelanja lebih dengan membeli susu formula
  • Mempercepatkan pengembalian rahim ke saiz dan bentuk asal sebelum hamil. Pendarahan sedikit dan pendek tempohnya. (ini adalah disebabkan rembesan hormon oksitosin dikeluarkan, menyebabkan berlakunya kontraksi)
Insya Allah, aku akan teruskan perjuangan ini dan moga misi aku berjaya buat Qareez. Inilah janjiku!!

Tuesday, December 28, 2010

Qareez dah 4 bulan

aduhai anak mummy dah genap 4 bulan
sekejap je mummy rasa 
semoga anak mummy membesar dengan sihat ye
berat anak mummy setakat nie belum tahu lagi dah berapa kilo
sebab bulan nie xde check up kat klinik
bulan depan baru ada so bulan depan la bru dapat tau dah bape kilo anak mummy nie
tapi mesti naik kan sebab anak mummy minum susu ibu
perkembangan Qareez setakat nie

  • dah mula nak menyarap
  • dah peka (pantang je nak tinggal kan die dah berjaga)
  • gelak-gelak besar terutama dicium ketiak ye
  • dah ada bunyi-bunyi tanda nak membuang
  • mengeraskan diri tanda protes
mummy sayang Qareez..
pic lain kali update

Wednesday, December 22, 2010

Breasfeeding

arinie nak cerita pasal Breasfeeding..qareez sememamng nyer tak nak direct terus dari aku. lagi...qareez dah selesa guna botol susu..tapi aku berusaha mencari kenapa qareez tetiba tak nak direct dengan aku padahal selama ini nenen aku la yang die kejar2..aku cuba hulur kat Qareez tapi die hisap ujung2 je pastue tak nak langsung..ada orang kata bagus,lagi senang (mak mertua aku) guna botol susu..tapi bagi aku kurang sikit sebab kalau boleh aku nak qareez susu guna botol hanya waktu aku bekerja sahaja bukan setiap masa..bukan ape takde la pengalaman nenen aku kene gigit dengan si Qareez nie..walaupun aku berada di rumah aku tetap mengepam susu tuk si Qareez (letih sikit) kalau Qareez direct kan jimat sikit masa aku nie leh rehat sama...walaupun memang aku akui letih kena 2 jam sekali bangun untuk mengepam aku gagahi juga demi Qareez...puas mencari akhir nyer aku jumpa satu artikel nie..

"Sekalipun anda merupakan suri rumah, anda tetap memerlukan breastpump. Susu yang siap di pump perlu dimasukkan ke dalam botol. Pastikan, setiap hari si ayah akan memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi. Ketika itulah si ayah dapat membina hubungan dengan bayi," Kak Rin mencadangkan.

Bijak!

"Cumanya, ketika memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi, elakkan si ibu yang memberikannya. Bimbang wujud kekeliruan. Bayi akan keliru antara puting botol serta puting ibu," fakta yang luar biasa dikongsi lagi oleh Kak Rin.

"Sekalipun si ayah yang menyusukan bayi dari botol, si ibu perlu duduk jauh-jauh kerana mereka dapat menghidu bau ibu," Kak Rin menambah fakta luar biasa.

MasyaAllah, sungguh hebat ikatan seorang anak dan seorang ibu. Sehingga ke tahap itu. Luar biasa.

mungkin betul juga sebab ape Qareez jadi macam tue...tapi nak macamana (si ayah asyik membuta je)  ape-ape pun aku tetap akan mencuba..semoga dipermudahkan..amin

Wednesday, December 15, 2010

cian anak mummy

dapat sms dari penjaga Qareez

Salam...qareez demam skit..c.ina letak cool fever je dlu
sebab ubt syringe kecik xde..

huhuh aku dah dapat agak qareez akan diserang demam+ selsema
sebab anak si penjaga qareez selsema
tengah pegang qareez aritue
masa aku jemput Qareez 2 hari lepas
kerisauan dan mula bertapak
aku dah mengadu dengan sang suami
supaya berpesan  jangan dekat dengan qareez
kalau anak-anak die tengah selsema
semacamane aku pesan dekat adik ipar aku yang tengah selsema
mesti sang suami x sampaikan pesanan aku
malam tadi aku dah dapat rasa Qareez selsema
na..sekrang sah qareez dah demam
nie yang aku tak gemar
dah tau anak-anak die sakit kenape dibiarkan dekat dengan anak aku
nak je reply marah td tapi kang kata aku ape pulak
sayang qareez petang nie kite ge klinik ye sayang
tunggu mummy tau..
ya allah kau sembuh kan la segala penyakit qareez..kau lindungi la qareez sentiasa
AMIN..........

Tuesday, December 14, 2010

Hari Raya HAji

tada...kali ini aku nak post gambar masa Hari Raya Haji aritue
mekacih cik noor kasi pinjam card reader
kalau tak takde la nak upload gambar-gambar nie dalam blog
jom kita tengok..aksi-aksi keluarga kami




gambar nie senget la..so kena la korang menyenget juga ek..dah save tegak duk dalam nie jadi senget gak..lantak la


ermmm..geram ye nie yang buat nak balik rumah awal je


ehem-ehem kekawan di sebelah situ la mak kze merangkap mak mertua ku..

Qareez sakit

entri kali nie entri yang paling cuak aku rasa...semalam selepas ambik Qareez dari bangi kami terus balik rumah..Qareez tido dalam dakapan aku (best ye)..sampai rumah Qareez terjaga..aku tinggalkan Qareez bersama sang suami sementara aku nak mandi dan solat..lepas tue sang suami mintak aku tukarkan pampers Qareez..aku pun get ready dengan tuala yang telah diseterika sebab aku ingat nak tuam kat bird die yang dua,tiga hari ini aku rasa seperti Qareez tak selesa dengan bird die..lepas cuci semua aku start menuam tak lama lepas tue Qareez menangis dengan sangat kuat ye..aku stop menuam dan pujuk Qareez..tapi Qareez takde beri tanda-tanda akan berenti menangis..sang suami dukung Qareez nak bagi susu..Qareez tak nak dan terus menangis..aku dan sang suami macam-macam cuba tapi Qareez tetap menangis dan menangis sampai tersedu-sedu die..kami dah panik nak bawak pegi klinik Jameaton sekarang tengah rehat almaklum le tengah maghrib...kami buka selaur Qareez kami lihat ari-ari Qareez membengkak bila kami sentuh lagi Qareez menjerit..sah kat sinie sakit nyer..bile kami tengok kat bird die seakan-akan ada satu biji tersembul keluar..kami sangat panik...kami berusaha macam-macam nak pujuk Qareez sampai Qareez terlena sendiri sebab letih menangis...Qareez terlena dengan linangan air mata...sungguh kesian..sementara nak tunggu kul 8 Qareez pun tengah tido..kami lega sikit sebab ingat Qareez dah ok..tapi bila Qareez terjaga die menangis semula..kami pun tanpa banyak songel terus pegi klinik dengan apa yang ada..sang suami dengan kain pelekat..aku nasib baik dah tukar awal-awal..sampai klinik alhamdulah tak xde pesakit..tak lama lepas tue dok pangil masuk sebab kesian dengar suara baby menangis..masuk je setapak dalam bilik dok Qareez senyap...bila dok buka seluar Qareez...nak tau Qareez buat ape..Qareez ketawa..bile dok tue main-main dengan Qareez lagi besar la ketawa die..kami berdua nie terngaga sendiri(keliru) masa dok check buah die lagi la kami terngaga sebab tengok bird die kecik je...tak macam yang kami tengok masa kat rumah...dok check2 dok kata ok..lendir die pun dah kurang dari first2 die tengok masa dalam hari...perasaan kami masa tue hanya tuhan yang tahu...takut,cuak,risau dan teperanjat semua ada la..dok pesan kalau boleh jangan bagi die menangis kalau menangis ari-ari lagi boleh membengkak sebab tue die rasa sakit...dok tak cas kami apa-apa pun sebab Qareez ok..lagi pun kami pesakit tetap die dok tue kata...alhamdulilah Qareez ok tue yang penting bagi kami....masuk kereta Qareez terus lena sampai la pagi..bangun hanya nak susu..aku pun dah niat malam nie aku nak tido-tido ayam semata-mata pastikan Qareez ok...bagai nak tercabut nyawa kami saat-saat Qareez menangis tak berenti...tuhan turun kan dugaan buat kami..semoga kami tabah mengharungi dan semoga dipermudahakan hendaknya...amin

Sunday, December 12, 2010

Si Hitam ngok..

Eo: Nurul!!!!!! dah tengok email blom
aku: blom eo kenapa?
Eo: ermmm ada orang suh pantau u nie
aku: aik...(macam tekejut la)terus check email
Nurul,
-Rekod kehadiran kursus sudah update?
-Tangggung kerja Fadhilah - hentikan. Buat memo kpd Fadhilah & BPSM, CPK - ikut format utk EO Rahim. Pn Lai sign.
-Update senarai pegawai tanggungkerja di BKA.
Saya nak tengok semua ini selesai hari ini.(macam bagus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)
* Pn Hussainah - pantau laporan kehadiran kursus dan list tanggung kerja.
Fail Pelbagai Kewangan dah lebih dari 10cm. Tutup fail dan buka fail baru.
Semak fail-fail lain yg perlu tutup juga.
**CC Muna - pantau fail BKA.
tetiba hati jadi panas..geram..
sebab aku rasa sangat tercabar ok
kalau sebelom-sebelom ini aku masih boleh terima
sebab aku angap die orang atasan
tapi kali ini dah mcam terlebih la pulak
macam aku nie dah tak buat keje ke...
siap suruh pantau lagi
makaaai..benci ye aku kat si Hitam nie
die dah bagus sangat ek
buat keje
padahal dekat je salah ke kalau bagi tau sendiri
dah bisu la gak nyer kan
kalau aku nie jenis baca email 24 jam tak pe la juga.. 
banyak lagi keje aku weih
nasib la ko Si Hitam..almaklum je la ek
selama nie aku susah nak benci orang
tapi kalau aku dah start benci orang
selama-lama nyer aku benci

Wednesday, December 8, 2010

dah agak...jadi macam nie

saya amat tak suka
kalau dah jadi macam nie
hati saya tak tenang
selagi tak baik
niat hanya nak bawak berbincang
tapi lain yang jadi
saya tak boleh lama-lama macam nie
mohon sama-sama atasi
tapi kalau sorang je yang nak mengalah
nak buat macamane
tunggu je la selagi mampu
insyallah jika tuhan izinkan


Tuesday, December 7, 2010

rasa bersalah

maafkan mummy Qareez
sebab mummy paksa Qareez direct dari mummy
Qareez muntah malam tadi
mummy kesian tengok Qareez tak cukup susu yang mummy bekalkan dekat botol
mummy lak tak bawak pam
sebab ingat sekejap je kat pasar malam tue
sebab tue mummy cuba juga bagi direct
biar Qareez tak kehausan
mummy masih ingat pandangan mata Qareez pada mummy
Qareez cuba hisap walaupun macam tak nak
sebab Qareez hauskan
alhamdulilah Qareez hisap juga
mummy pun seronok sebab mummy rindu sangat nak Qareez hisap dari mummy semula
macam Qareez masih dalam hari
tak lama lepas tue
Qareez muntah
muntah dengan banyak ye
Ya allah..mummy rasa bersalah sangat
mummy terpikir kenapa ek Qareez muntah
sebab air susu mummy laju sangat ke..atau
sebab dah biase guna botol dah tak sama dengan mummy nyer yang original nie
aduhai  kesian Qareez
sebab kalau mummy tak paksa mesti Qareez tak termuntah kan
habis baju Qareez basah
baju mummy tak pe la..mummy tak kisah pun
rasa bersalah pada kamu lagi penting
lepastue Qareez tido dengan baju yang berbau muntah tue
lagi la mummy rasa bersalah
tak sempat nak tukar baju..sebab memang tak bawak baju spy pun
nasib baik dah otw nak balik rumah
maafkan mummy ye sayang
mummy tak boleh lupa ecident tue
pasnie mummy tak nak paksa ge..
mummy sayang sangat kat Qareez
mummy cuba yang terbaik untuk buah hati mummy nie




Monday, December 6, 2010

saya sedang marah

 
Menyampah sungguh
dah tau no tel nie bukan no tuan nyer yang dulu lagi
sudah la
tak payah nak tel-tel lagi
siap pas-pas kat kawan-kawan yang lain pulak
dah tue pura-pura tanya kita sape
sepatut ye aku yang tanya kau sape
siap nak kenal-kenal
aku dah kahwin ok
jangan buat aku marah
berani la kalau main tel-tel lagi
jangan marah kalau dapat 
maki FREE...dari aku FAHAM...

Friday, December 3, 2010

sape langgar sape

pagi nie pegi keje naik motor ge
oleh kerana kuar rumah kul 7
aku pun kene la pecut cikit
mase dalam perjalanan 
selepas satu selekoh tue 
tetiba datang sekor burung
terbang rendah dengan laju nyer
aku pun dengan tak sengaja
kiteorang berlangar
sape langar sape aku tak tau
yang aku tau aku tak bersalah
sape suruh die terbang rendah
sama ada burung tue selamat atau tak
tuhan je yang tahu
aku pun teruskan perjalanan
tak lama lepas tue aku perasan kain aku macam basah
bile aku tengok
makkkkkai..geram betul la dengan burung tue
die berak kat kain aku
bile check2 ge kat sweater aku pun ada
erm nak xnak kene teruskan perjalanan juga la
so sepanjang perjalanan aku buat bodoh je dengan kain aku
dan bau-bauan yang ada
sampai opis terus ge toilet ge cuci kain aku
nasib baik hilang cuma bau-baunnya ada sekali sekala
nasib la ko burung..sape suh xtengok kiri kanan
pastue tinggalkan kesan kat kain aku ..
nasib baik sempat sampai opis
kalau aku sampai lambat tadi nahas ko balik aku cari...


Thursday, December 2, 2010

kesian abah dan mak

semalam lepas balik keje aku dengan family mertua pegi MAHA.Qareez terpaksa kiteorang amik lewat sebab tak boleh bawak die sekali dengan keadaan yang sesak macam tue.so masa sedang aku tengok-tengok tel aku berbunyi.sekali aku jawab abah yang tel ruper-rupernyer.abah tanya aku dekat mana so aku pun jawab la aku ada dekat MAHA sekarang.Abah tanya pegi tengok kambing ke? so aku pun jawab la a'a sambil menjawab sidah kan nak jadi pengusaha kambing yang berjaya..tetiba suara abah sebak pastue die menangis..aku pun cuak la nape lak dengan abah nie..rupe-ruper nyer kambing abah dah habis semua dijual..abah sebak sebab terpandangkan kandang yang dulu penuh dengan kambing sekarang dah kosong..aku pun terdiam bile dengar abah cakap macam tue yela aku memang tahu kambing abah tue akan dijual sebab atas faktor usia abah yang dah tak larat nak menjaga seorang diri..ada anak-anak tak boleh diharapkan sepenuhnyer..aku sedar semua tue..aku tahu abah memang cukup sayang pada kambing-kambing ye sedangkan aku sendiri pun dah biase dengan kambing-kambing abah tue apatah abah sendiri yang hari-hari mengadap...Tauh,Siti,Upin & Ipin semua dah takde so pasnie cucu-cucu abah pun tak tahu nak tengok binatang ape kat kg tue sebab selalunyer bile cucu-cucu abah balik kampung kandang kambing la tempat dieorang nak kenal binatang.aku suh abah sabar jela banyak-banyak insyallah ada rezeki bela la sekor dua buat pengubat rindu.

Aku tel mak ingat nak suh tengok-tengokkan abah yang tengah bersedih tue..ruper-rupernyer mak pun mengalami situasi yang sama iaitu bersedih..mak kata mak tak boleh nak pandang kambing-kambing tue semua masa dalam lori sebab semua kambing-kambing tue pandang kat mak dengan pandangan yang sayu, sedih nak meninggalkan tuan nyer..ya allah aku dapat rasakan situasi mak kala itu...mak kata mak sampai lari pegi belakang masa lori mula begerak tinggalkan rumah...apa kah daya sesungguh nyer aku turut besedih kerana kedua orang tua aku sedang bersedih.pastue mak tak nak cakap lagi..aku tau mak mesti tengah menangis juga..
lepas dari tel mak terus mood aku pun sedih..teringat masa aku selalu tolong abah bagi makan kat kambing..tolong bersihkan macam-macam ge la..

pada mak dan abah jangan sedih-sedih ye nanti ada rezeki kite bela la yang tggl tue..yang penting abah ngn mak kene sentiasa sihat.sidah sentiasa doakan mak ngn abah..qareez pun selalu rindu kt atok ngn nenek..

Tuesday, November 30, 2010

yeah

ermm sorry lambat nak tulis entri nie
sepatut nyer semalam
tapi oleh kerana kepenatan
lepas sembayang maghrib saya tertido
suh arinie baru leh update

sambung berkenaan qareez dah 3 bulan
so semalam ge klinik checkup qareez
sah berat die dah bertambah
alhamdulilah
mummy dan daddy doakan qareez sihat dan ceria sentiasa
kena cucuk 3 bulan
harap-harap anak mummy tak demam la ye..amin

jom kite tengok pic die semalam
masih tido setibanyer di klinik

masih lena sementara menunggu giliran..kitaorng pun pe ge sempat snap

hahaha dah bangun anak mummy...

tunggu turn untuk injection pulak dudap..dudap..dudap..






Muhammad Qareez bin Kayzee Izwan
3 bulan 3 hari
berat : 5.3 kg
panjang : 59cm
 
 

Qareez 3 bulan

Qareez dah genap tiga bulan sekarang
tapi masa amik pic nie 
aku lom tau berapa berat die sekarang
sebab temujanji klinik die 30 November nie
tapi kalau diangar-angar
bertambah berat badan die aku rasa
sebab setiap kali dukung die
fuh boleh tahan
x sabar ye nak tggu selasa nie
pic nie diambil semasa on the way nak balik kampung
tgk die tido syok ye




sesi mengurut bermula

fuhh..syok nyer kene urut..sat ge leh kentut

sedap mengurut sampai terlena

tengah urut pun daddy nak snap

geli-geli

tada..akhirnyer saya terlena
pic nie dh lama aku amik cuma baru hari ini tergerak nak simpan dalam blog..bukan ape senang semua aku simpan dalam blog bile time datang rindu aku pada qareez boleh la aku tengok kat sinie je...
sesi mengurut qareez dah menjadi rutin harian
sampai qareez yang pengeli dah jadi kebal semasa diurut
yang kelakar ye semasa mengurut qareez pasti akan melepaskan kentut yang amat dasyat
hehehe...apa-apa je la qareez yang penting kami semua happy tengok gelagat kamu
sayang qareez

Sunday, November 28, 2010

mummy nak beli tuk Qareez



daddy cantik tak bamboo seat nie
kalau kite beli tuk qareez boleh kan
nanti qareez boleh duduk macam nie kat rumah
mesti lagi comel dari baby nie
beli time die dah boleh duduk la
nanti daddy tolong search kt mane nak beli ek
mummy jumpa pun kat blog orang

ini pun nak
nama die munchkin fresh feed feeder
letak buah ke biskut ke
nanti qareez hisap
dari hisap jari baik qareez hisap benda yang boleh mengenyangkan
tapi nanti lah bukan nak sekarang
mummy terexcited je dulu


nie pun nak gak
tapi kene tunggu qareez dah pandai 
macam baby kat atas nie gak
heee seronok ye..mase tengok gambar nie
dah terbayangkan anak mummy yang sorang tue
aduhai rindu ye..
mummy xsabo nak balik jumpa kamu sayang
muah..muah...

naik motor

arinie pegi keje naik motor
dari rumah ke JKR
dari rumah bersemangat dan berani
bile sampai higway nak ke KL
tetiba saya jadi kecut..takut..seram
sebab banyak kereta
lori yang besar-besar
terasa saya amat kerdil
dalam hati tak putus2 berdoa
semoga selamat sampai
alhamdulilah sampi akhirnya
tunggu untuk petang nie pulak 
macamane ragam nyer
kalau rasa cam susah
sok naik komuter semula la
xpe la penat berjalan kaki sikit
janji selamat
insyallah..semoga tuhan sentiasa melindungi 
kami sekeluarga
amin...
(rindu pulak kat qareez)


Friday, November 26, 2010

Vote for Muhammad Qareez jomss!!!

klik here

help Qareez win dis contest
for more info klik here
senang je.
klik kat link atas tu.
vote utk Qareez.
pastu klik LIKE!!
tq sume!!!
undi anda amat berharga!!!

Thursday, November 25, 2010

Aksi-aksi si Qareez




yeah!!!!!!! qareez nak ge IKEA




qareez dah pandai buat aksi sekarang nie
dah mula nak ajak beborak
bahasa die..cuma die yang paham
sangat seronok berborak dengan die
tengok die tersenyum
hilang semua masalah
gambar nie diambil masa on the way nak ge jalan2 ke Ikea
tengok je la qareez punya la seronok
sangat senang nak bawak qareez berjalan sekarang
sebab sampai je shopping complex
qareez akan tido..
nanti mummy dengan daddy bagi qareez upah ye
sebab qareez jadi budak baik
mummy ngn daddy sayang sangat dengan qareez :)

Tuesday, November 23, 2010

malu siot.....

hahaa nie entri yang paling memalukan buat aku
aku ingat xde lagi excident macamnie berlaku
tertido dalam bas masa keje dulu
sampai drebar bas siap berenti kejutkan tue
ruper-ruper tidak
arinie aku ge keje naik komuter
so balik pun naik komuter gak la
mungkin dah kepenatan laju berjalan kaki
aku tertido dalam komuter
aku pun tak tau bile masa nyer terlelap
yang aku tau aku dah cukup tahan mata aku
tup-tup biler sedar
aku rasa macam dah sampai serdang
tapi mamai punyer angkara
aku leh nak sambung tido lagi
ntah camane tersedar
cepat2 la aku bangun nak kejar pintu
tapi dah terlambat
angkara ada nyonya la yg menghalang
kalau tak mesti sempat
hurm..so aku pun terus je la sampai kajang
buat muka bodoh
walaupun aku tahu semua orang sedang memandang aku
lantak la...(padahal tak tau nak serok mane muka nie)
lepastue naik semula kemuter ke serdang semula
T.A.M.A.T

Monday, November 15, 2010

patah la hati

series saya sangat sedih
ditelan mati mak
diluah mati bapak
ya allah beri la aku sedikit kekuatan
untuk terus aku berdiri

Friday, November 12, 2010

R.I.N.D.U

series aku rindu
pada sahabat-sahabat ku
cik noor..kak fad..makcik nurul
aku xnak pegi
nanti orang kata aku sayang nak tinggalkan
mak nyonya
padahal aku sayangkan
kemesraan yang telah terjalin
antara kita bukan kerna mak nyonya



sorry "geng bas sekolah"

entri nie khas untuk kekawan ku
kak fad...cik noor..dan makcik nurulhuda
aku bukan nak berahsia dengan kalian semua
tapi aku tak sanggup nak lalui
korang pun tengok je la kan
air muka aku macam mana sejak dua menjak nie
sangat sedih
sebab akan berpisah dengan korang
maafkan la sahabat mu ini nyer
maaf salah dan silap aku sepanjang menjadi kawan korang semua
tapi satu je aku mintak
kita jangan putus menjadi kawan ye
sampai bile-bile
walaupun dimana aku berada korang tetap dihati aku
aku akan kenang semua kenangan kita bersama
ape-ape jangan la lupa inform kt aku
cik noor sok jangan lupa jemput tau..
kak fad....makcik nurul jangan lupa bagi tau
kalau-kalau dah tambah dua..tiga
senang-senang nanti kita jumpa ye...
wua..wua..wua..





Tuesday, November 9, 2010

Bingung

hehehe aku copy gmbr nie dari makcik nurul
ermm kekawan sebenar nyer
saya sangat binggung sekarang
hati saya lebih pada xnak pegi sebenar nyer
tapi memandangkan perjalanan yang jauh
kenderaan pulak ada satu je
saya terpaksa pergi
tapi bile kenangkan tempat baru
yang seperti itu
jiwa saya jadi kosong
dengan keadaan dan persekitaran
dapat ke saya kawan seperti kalian semua
walaupun berpangkat lebih tinggi
rela ber aku ber engkau dengan saya
berkongsi cerita..mngadu itu ini
tiada beza saya rasakan bile kita bersama
tapi disitu terpaksa bersaya..puan
oh sungguh xrela
terlalu skema saya rasakan
setuasi keje sungguh senyap
semua orang buat keje
tension ye...
saya dah tengok
macam mana saya nak mengepam nanti
saya nk simpan macamana 
tolong la..xpasal-pasal
saya migrain setelah lama saya tak hadapi


Friday, November 5, 2010

Qareez dah ikut macam Kak Maisarah

makcik nurul huda..nampak ye Qareez dah ikut macam Maisarah.Qareez dah tak nak menyusu direct terus kat aku...Qareez dah suka menyusu guna botol..alkisah nyer Qareez tak nak menyusu direct dari aku bermula malam tadi.selalu nyer malam Qareez akan menyusu dari aku sampai le die tidur..tapi malam tadi die menangis...aku dah sua Qareez tendang-tendang kaki die...bile aku letak jari kat tangan die ,Qareez tercari-cari macam nak susu tapi aku sua lagi die jauhkan mulut die..aku pikir ape kene dengan Qareez malam nie.mata Qareez dah lelap tapi masih menangis..so bile teringatkan botol die..aku pun try la pam kat botol die..bile sua botol kat mulut die makai bukan main die hisap...habis je 4oz Qareez pun lena dengan bahagia nyer...adus Qareez nak macam nie rupa nyer..mummy nyer syenen dah tak laku nyer sayang...

sok pagi nyer..aku try lagi bagi kat Qareez tapi Qareez tak nak gak..bile sua botol sedap je die hisap...ermm Qareez dah biase guna botol nyer..Qareez dah biase guna kat Taska kan..kan..xpe la Qareez nak ikut macam Kak Maisarah pun ikut la janji dan yang penting susu yang Qareez minum tue tetap susu mummy ye..so kemana-mana sekarang aku kene bawa pengepam..and get ready susu bile-bile masa sahaja..nampak susu dah tinggal sikit aku pengepam lagi...



Qareez ge jalan-jalan ngn mummy dan daddy ge Jalan TAR




anak dan bapak dah kepenatan..suh tidokan anak bapak die lak yang ikut sekali titon

sayang qareez....sayang u all..muah..muah

Sunday, October 31, 2010

pengalaman baru qareez

hari ini akan bermula
pengalaman baru bagi qareez
qareez akan duduk di taska tasnem mulai ari ini
perasaan aku sedikit lega sebab die dekat ngn aku
tapi kesian bagi qareez
sebab keadaan di situ amat sejuk
nasib baik 2 pasang baju panjang aku bekalkan untuk die arinie
esok-esok semua baju tangan panjang aku akan bawak
masa datang jenguk kul 10 tadi
qareez tengah menangis
sejuk baru lepas mandi agak ye
lepas tue dengan keadaan air cond lagi
sungguh tersentuh hati si ibu ini
rasa macam nk bawak lari je qareez kala tue
aku angkat qareez die diam
aku bagi susu
sambil aku pesan dengan qareez jangan menangis ye
nanti tengah ari mummy datang ge
petang kul 4.30 tepat ibu datang jemput qareez ye
qareez menyahut..walaupun aku xfaham
aku anggap die sedang megadu pada aku
kesian anak mummy
xpe la sayang
nie la kehidupan yang kamu akan hadapi
semoga anak mummy cekal,tabah,dan berani ye sayang
semangat kamu semangat buat mummy..
ya allah semoga qareez dalam keadaan baik-baik la hendak nyer di taska tue..amin

Thursday, October 28, 2010

Qareez 2 bulan

27 Oktober 2010 genap qareez 2 bulan...alhamdulilah demam haritue dah beransur pulih..tinggal batuk2 die je..tue pun dh berkurangan setelah dibawa ke klinik Jameaton..nampak nyer qareez pun serasi dengan doktor tersebut sama seperti mummy nyer..

mengenai qareez aku dah boleh paham serba sedikit gelagat die sekarang...kalau nak berak mesti mintak bantuan iaitu dengan mengurut die dulu sambil qareez meneran..qareez nie kuat kentut tau..kuat plak tue kentut die kalahkan orang besar dan yang selalu jadi mangsa mummy die sebab orang yang tak tau mesti ingat mummy die yang kentut..sedangkan bukan mummy die..kadang-kadang tolong die nak ala-ala meneran mummy die dulu yang nak melepas..aduhai qareez

yang terbaru pulak time menyusu..kalau mula-mula dulu kalau menyusu aku akan pangku die tapi sekrang die dah xnak..menangis nak menyusu tapi bile sampai je puting ke mulut die elak..rupa-rupa nyer die xnak gaya pangku lagi dah..gaya baru die..die nak aku bawa die masuk bilik baring dengan die dan menyusu secara baring baru die diam dan tertido siap kene tutup lampu lagi tue..yang haru nyer xboleh dilepaskan pulak tue..bile aku agak2 die dah lena aku pun tarik la tup-tup die sedut semula kalau tak pun die akan terjaga semula..alamatnyer sampai la pagi die akan berkeadaan macam tue..mengepeng kata orang-orang tua.so kalau dah macam tue aku xleh buat keje la kalau dah balik umah.heheh sang suami saya bukan mengelat tau...

pada sang suami..aku mohon kerjasama setelkan ape-ape yang patut kalau tidak rumah bukan seperti rumah lagi..aku dan sang suami sedang berusaha mempelajari dan membiasakan diri dengan keadaan itu..masa memang tidak pernah cukup tapi kami sedang cuba buat yang terbaik untuk kami sekeluarga.semoga dipermudahkan...qareez sayang mummy jangan nakal-nakal ye..jadi budak yang baik..I LOVE U SO MUCH..


qareez dah mengantuk tunggu mummy bersiap

ala-ala rindu ye kat qareez

daddy yang suka mengacau

wek..

bukan rezeki qareez

nie entri aku yang lepas
tapi hari nie baru aku dapat luahkan
dalam blog aku
pada petang tue sebelum aku balik
aku mengepam susu untuk stok qareez
aku mengepam dalam bilik aku saje 
memandangkan bos tak de
so xde la orang keluar masuk dalam bilik aritue
sedang aku gembira
kerana dapat mengumpulkan sebanyak 4oz susu pada petang tue
aku teruskan mengepam lagi
tup-tup aku terkejut
sebab ada sesuatu sedang menolak pintu hadapan
oleh kerana terkejut dan kemungkinan penyambung botol pam tue terlongar
maka dengan sekelip mata nyer
botol susu itu terhempas dilantai
dan aku dengan tak terkata-kata
hanya mampu memandang susu yang melimpah
oh tidak..sedih..sedih..sedih
saat itu teringatkan qareez di rumah
bertambah la sedih dihati
setelah tenang dan berfikir secara waras nyer
tak xpe la mungkin susu tue bukan rezeki qareez 
insyallah nanti tuhan ganti susu yang tumpah tue dengan lagi banyak susu kt mummy
pada kak fad saya tak salahkan kak fad pun
jangan risau k...benda nak jadi
so kak fad doakan susu saya bertambah banyak k
nak jadi cam kak fad susukan huda
kak fad kan guru saya

Tuesday, October 26, 2010

kelam kabut, keliru & stress

ermm nie entri semalam tapi hari nie baru dapat aku cerita
semalam ada la hari pertama aku akan naik bekerja semula
setelah 2 bulan bercuti
bagun pagi2 aku dah kelam kabut sebab terbangun lambat
dah la bangun lambat baju pulak belum digosok
sang suami aku dah aku pesan suruh gosok baju awal2 tapi die diam je
bile dah jadi macam nie mula la aku nak naik hangin
bersiap dengan ala kadar kiteorang terus keluar rumah
perjalanan aku dari rumah nak ke tempat keje 
boleh tahan jauh nyer
aku naik stress sebab dah lama tak menghadapi kesesakan lalu lintas
tup-tup aku jadi sedih sebab tinggalkan anak aku tanpa bekalan susu yang cukup
stok yang aku buat masa cuti tue boleh pulak suami aku tinggalkan
nak buat stok baru belom cukup lagi
sebab anak tengah kuat menyusu
so tak sempat nk mengepam
die dah sedut..so macamana
ya allah..berikan la aku ketenangan agak aku tidak mengalami perasaan seperti itu semakin kerap
berlaku pada hamba mu ini...aku takut susu hamba mu ini makin berkurang..izinkan la hamba mu ini
menyusukan anak ku dengan baik..kau permudahkan la ya allah..amin
sang suami..sang isteri memerlukan pertolongan dari mu demi cinta hati kita dan rumah tangga kite
tolong beri kerjasama ye sayang.

Tuesday, October 19, 2010

Muhammad Qareez ku demam

kesian nyer anak mummy nie
baru balik kl dah demam
kenapa sayang...
qareez tekejut dengan suasana dekat sinie ke atau
qareez rindu kat nenek
td nenek tel
nenek menangis bile jumpa sebelah stokin qareez
rindu nenek kata
mesti qareez pun sama kan
rindu kt nenek ngn kawan(atok)
selalu setiap pagi dan petang nenek mandikan qareez
pangku bile qareez menangis kan..kan..
apa-apa pun mummy doakan qareez cepat sembuh ye sayang
mummy xsanggup tengok masa qareez batuk...kesian sgt2
kecik2 dah kene makan ubat
mggu depan dah la nk cucuk dua bulan nyer
jangan la bertambah demam qareez
cepat sembuh nyer sayang...nanti kite main same2 lagi
mummy ngn daddy sayang sangat-sangat kat qareez
muah...muah..muah..

p/s:masih mencari cable hp ku baru boleh upload gmbr

Saturday, October 16, 2010

mak dan abah

assalamualaikum...
ermm dah hampir 2 bulan aku tingalkan blog aku nie..bukan tak rindu..tersangat la rindu tapi apakah daya tiada kemudahan internet sepanjang aku berada dikampung..tapi aku seronok sangat sepanjang berada dikampung dikelilingi orang-orang yang aku sayang terutama nyer mak dan abah bertambah pula dengan kehadiran si kecil..kepada mak terima kasih banyak-banyak anak mu ucapkan sebab banyak memberi tunjuk ajar..menurunkan ilmu nyer..dan juga sampai sanggup tido di bilik aku semata-mata nak bersama-sama menjaga anak aku yang memang berjaga malam...aku cukup berterima kasih pada mak sebab die akan ambil qareez bile aku sendiri dah xboleh nak handle anak aku sendiri...si qareez pulak diam je bile dipangku mak aku..bile aku perhatikan patut la si qareez diam...rupa-rupanyer die asyik dengar mak aku berselawat..aku tengok mulut mak aku terkumat kamit mesti die tengah berzikirkan...bile aku berselawat die akan diam sekejap je lepas tue qareez akan mula menangis semula...sebab tue aku akan rase selamat bile mak ada di sisi aku bersama qareez setiap malam..aduhai mak tak tertanggung jasa mu...qareez nie aku rasa die akan tido lena setiap malam tapi disebabkan buah die yang membesar tue yang menyebabkan die tidak selesa..dan bile die tak selesa die akan meneran..semakin die meneran buah die akan makin membesar...setiap kali menukar pampers qareez mak dan aku buat macam2 nak bagi buah de kecut..tuam dengan daun sirih la..daun mengkundu utan la..tuam dengan air batu la...tapi buah die akan kecut sementara je..mengikut kata doktor kene buang lendih yang ada di buah tue..tapi tak boleh dilakukan sekarang..sekurang-kurang nyer bile umur die 5 tahun nanti.tapi orang tua-tua kata buah tue leh kecut gak kalau rajin tuam ari2..so sementara nie dengan mengtuam sahaja iktihar yang aku leh buat...

orang kata kalau dapat nak lelaki nie banyak yang kene jaga terutama buah nyer..so sekarang aku yang sedang menghadapi nyer..xpe la insyallah akan aku hadapi dengan redha..semoga qareez cepat sembuh hendak nyer..waktu tido aku jangan cakap la memang dah berubah tapi aku tak menyesal...aku akan hadapi dengan tenang..insyallah semoga aku diberi kekuatan hendak nyer.

becerita pasal mak dan abah..aku jadi sedih sebab terpaksa berpisah dengan mereka setelah hmpir 2 bulan mereka asyik mengadap muka aku..sampai abah kata "bile ko nk balik kl cdah" sebab aku akan pastikan abah makan ubat mengikut waktu nyer....melarang die makan makanan yang boleh mendatangkan darah tinggi abah...ermm kelakar pun ada tapi demi kesihatan abah aku kena buat macam tue...abah panggil qareez "kawan" si qareez pula akan mencari2 bile abah panggil die kawan..mak akan mandikan qareez setiap pagi dan petang..aku akan uruskan barang2 yang nk digunaan...mak  selalu kene kencing dengan qareez tapi nenek x marah pun kan sayang...semalam masa aku dah nak masuk kete akau nampak mak dan abah sedih sebab qareez dah nk balik kl..qareez pun sama  sedih...aku lagi la bagaikan ujan yang dah lama tak turun...apa kah daya kerana tugas aku harus kembali...insyallah nanti kami balik kampung ye atok..nenek.."kawan" balik dulu..
ops sorry xdapat nk teruskan entri nie lagi sebab mak qareez dah ujan..dah rindukan mak abah kat kampung...baru sehari dah rindu..


Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
buat semua kaum muslimin dan muslimat
buat kawan-kawan semua
maaf zahir & batin
dari kami sekeluarga
tahun nie raya kami meriah dengan kehadiran orang baru
 muhamad qaris 
qaris buat masa nie baik alhamdulilah
x banyak meragam
siang die tido je...terjaga hanya untuk menyusu
kemudian akan sambung tido semula
tapi bile malam hampir pukul 12 malam die akan berjaga
sampai ke pagi
nasib baik hanya berjaga tak menangis
so saya pun terpaksa menukar time tido saya
iaitu tido disiang hari dan bangun ditengah malam 
semata-mata nak melayan si kecik comel 
ermmm banyak cerita nak dikongsi
tapi kekawan kene tunggu ye...
pengalaman saya hendak menjadi ibu sehingga berstatus ibu
banyak pekara baru saya pelajari
ermm geram tengok dieorang makan sedap-sedap
saya terrpaksa buat x tahu
sebab saya dilarang makan semua tue
so kene sabar je la




Monday, August 23, 2010

kuih tako & kuih tepung pelita

hahahha buat kawan aku
mekasih la
kerana menyedarkan aku
kalau x sumpah memang aku xtau
kuih tepung pelita tue guna daun pisang
aku rasa aku xpernah jumpa sekali pun
yang guna daun pisang
so sebagai alasan munasabah
kalau ko jumpa bagi kt aku sikit ye
so yang akak ipar aku jual setiap kali bulan puasa
adala kuih tako bukan tepung pelita ok
balik kampung nti aku nk bagi tau kt die
hahahah saje nak cari pasal
nk tengok ape reaksi die
dah2 jangan cete pasal kuih
buat aku kelaparan je
tatatata

Sunday, August 22, 2010

hospital serdang

fuh aritue hospital serdang tel suh datang ari senin
sedang aku bersiap2 nak menyerah diri
petang tue dapat tel lagi
dari hospital serdang
die suh datang ari khamis
aku yang memang tengah  xde mood
terus ok je..tanpa banyak bertanya
ye la sedangkan hati tengah berbelah bagi
die suh datang ari khamis pulak
aku pun pe ge yela je la
kalau ikutkan hati memang xnk pegi langsung
ape2 pun tggu je la ari khamis nie
perkembangan aku ye
oleh itu dikesempatan aku masih ada diofis arinie
aku nk setelkan semua keje2 aku
pasnie aku nak cuti lama
mak mertua aku sarankan aku amik cuti terus dan duk kampung je
sampi tnggu tarikh kalau btul2 kne operation (kalau kene)
die pun dah bg tau doktor kt hosptal melaka
amboi2 mak mertua aku nie
die lagi advance dari aku
layan je la....

Thursday, August 19, 2010

hanya berserah

ermm arinie nk cerita sikit pasal check up aku semalam
dok dah scan perut aku
so memang btul kepala baby kt atas
die stil tak nak pusing
dok pun dah bagi surat kt aku suh refer hospital serdang
tapi aku x pergi pun arinie
sebab perasan aku tengah serabut sikit
mungkin perasaan takut aku nie
memang pun aku tengah takut
tengok la minggu depan macamne
atas nasihat kekawan aku yang baik hati
insyallah minggu depan aku ge hospital ye
mungkin btul gk kata makcik nurulhuda baby kecik
sebab tue die boleh pusing sesuka ati..
baby baru 2.1 kg
kata mak aku tue dh kira baik
dulu aku 2kg je masa dilahirkan
so buat masa nie aku hanya mampu berdoa banyak-banyak
semoga dipermudahkan
jika itu pilihan yang terbaik tuk aku serta anak dalam perut nie
aku hanya berserah
semoga semua nyer selamat
kekawan tolong doakan aku sesame ye...

 

Sunday, August 15, 2010

Jalan T.A.R

fuh akhir nyer impian aku nk ke Jalan Tungku Abdul Rahman
atau dikenali dengan jalan T.A.R akhir nyer berjaya
aku jejaki..
mekasih ain dan pie sebab sudi bawak mak buyung nie 
dan tanpa penat sudi menemani mak buyung nie kehulu kehilir
akhirnya hajat untuk mencari baju raihan abah
yang dah lame die ingin2kan tercapai akhir nyer
alhamdulilah tak terhingga 2 pasang sekali aku belikan
pastue aku carikan baju melayu tuk sang suami
jenuh mencari konon nyer nk sedondon ngn aku
kalau masih sempat la
kalau aku dah meletup
alamat nyer die pakai sorang
cari2 punya cari x jumpa warna yg sama
aku dah naik hampa
tup2 kedai yang terakhir aku pergi
aku berjaya cari wrna yang serupa baju aku
hahahah gembira nyer dalam hati
warna merah tema tahun nie
so dah terlepas hajat aku nk menjejaki jalan T.A.R
lpas dpt semua yang aku nak
baru rasa letih sgt2
tapi still pose gak tue
hebatkan...alhamdulilah
olrite baby pas nie baby leh keluar anytime
mummy dah x risau 
baju atok ngn baju daddy mummy dah dapat cari
sekarang mummy tengah tunggu turn tuk baby
ermm baby dh pusing ke belum nie
mummy xnk paksa sayang
ikut la baby
nak keluar macamana
yang penting baby sihat ye sayang...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Salam kawan-kawan semua
Selamat menjalani Ibadah Berpuasa
dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf
diatas kesalahan saya yang mana disengajakan mahupun tidak tersenggaja 
di sepanjang perkenalan kita ini
halalkan makan minum saya 
dan akhir sekali doakan saya selamat melahirkan 
dengan jaya nyer
Insyallah panjang umur dimurahkan rezeki kita akan berjumpa lagi
sekian..
Selamat Berpuasa.



Thursday, August 5, 2010

risau, seram dan takut

semalam aku ge klinik check up seperti biase..buat tue, buat nie, amik ubat kul 4.30 siap semua pastue aku bagi cadangan kat sang suami nk ge scan baby la sebab nak tengok perkembangan die sekarang..lagi pun aku nak tengok sangat ape yang die tengah buat sebab teruk perut aku kene penangan die..sampai klinik tunggu turn jap..pastue dok panggil aku..first2 aku rujuk kat die kenapa tangan aku, kaki aku, hidung aku jadi debab sampai nak tanggal cincin nan satu nie susah sangat..guna air sabun pun tak jalan..sang suami tolong tarik pun sakit ye macam nk tercabut jari aku nie..dok kata tue biase bagi orang mengandung..nanti lepas bersalin ok la die..tapi dok pesan sungguh cuba gak tanggalkan sebab nanti masa nak bersalin dok akan suh tanggalkan juga..kalau malang kene operation susah nanti..ermm akan aku ushakan juga tanggalkan cincin nie dari jari aku..pastue dok scan perut aku..hurm part nie yang buat aku jadi gundah gulana selepas itu..satu perkabaran yang tak sedap untuk didengar oleh setiap ibu-ibu...my baby dalam keadaan songsang sekarang nie...dok kata masa aku scan 28 minggu aritue die dah perasan my baby songsang tapi die tak bagi tahu kat aku sebab die fikir baby akan berpusing anytime..tapi bile scan tuk 34+2 minggu dok tengok my baby still songsang gak..so die tengok buku pink aku dan die buat note suh scan lagi sekali 2 minggu akan datang..kalau baby still songsang juga aku kene operation..alamak macamane nie..aku dah seram sejuk tapi masih selamba buat muka cam xde ape-ape sedangkan dalam hati tuhan je yang tahu...xpe la aku akan cuba pujuk sang jantung hati yang kat dalam nie suh die pusing ke bawah ye..biar senang nanti mummy nak melahirkan tak payah la sampai kene operation..mummy takut sayang..anak mummy baik kan..baby sayang mummykan..nanti baby pusing bawah ye..

sang suami dikau tahu tak bahawa sang isteri nie tengah kacau jiwa nyer...tolong la bawak balik kampung..tenangkan jiwa yang tengah serabut nie...jangan la buat muka cam xde ape-ape...please...time2 camne la terkenangkan mak abah..kalau la pintu doremon tue boleh aku pinjam alangkah indah nyer dunia..daddy ..mummy nak balikkampung MUAR