Wednesday, December 29, 2010

Menyusu secara eksklusif

Kita digalakkan menyusu secara eksklusif  bb sehingga usianya 6 bulan,  umum mengetahui bahawa susu ibu merupakan makanan yang paling lengkap dan sesuai untuk bayi seusia itu (Insyallah aku sedang berusaha kearah itu..semoga dipermudahkan)

Kepentingan adalah kerana:-
  • Susu Ibu mengandungi bahan pelindung penyakit (antibodi)
  • Faktor pertumbuhan
  • Penghasilan susu ibu akan bertambah apabila bayi menyusu dengan kerap

Susu Ibu

Penyusuan Badan: Baik buat Ibu dan Bayi

Tidak dinafikan, susu ibu adalah terbaik untuk bayi, ianya mengandungi nutrisi yang optimum untuk tumbesaran bayi, perkembangan minda dan fizikal badan. Ia juga mengandungi zat-zat pertahanan badan bagi melindungi kelemahan pertahanan badan pada peringkat awal kehidupan.

Kebaikan kepada bayi:-
  •  Susu ibu mempunyai kolustrum yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imuniti badan bayi
  • Kurang mendapat alergi, sakit usus / pencernaan dan asma (susu ibu mempunyai antibodi pertahanan badan)
  • Kurang mendapat masalah pencernaan/sembelit dan penghadaman
  • Berisiko rendah mendapat sintom kematian mengejut
  • Kesesuaian protin dan lemak didalam susu ibu berbanding susu formula
Kebaikan kepada ibu:-
  • Kesesuaian, susu telah sedia ada, tanpa dibeli, penyediaan dan berada pada suhu yang sesuai kepada bayi
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang dan sesetengah kanser
  • Membantu ibu mendapat berat badan yang ideal
  • Menjalinkan hubungan istimewa antara ibu dan anak
  • Tidak perlu berbelanja lebih dengan membeli susu formula
  • Mempercepatkan pengembalian rahim ke saiz dan bentuk asal sebelum hamil. Pendarahan sedikit dan pendek tempohnya. (ini adalah disebabkan rembesan hormon oksitosin dikeluarkan, menyebabkan berlakunya kontraksi)
Insya Allah, aku akan teruskan perjuangan ini dan moga misi aku berjaya buat Qareez. Inilah janjiku!!

Tuesday, December 28, 2010

Qareez dah 4 bulan

aduhai anak mummy dah genap 4 bulan
sekejap je mummy rasa 
semoga anak mummy membesar dengan sihat ye
berat anak mummy setakat nie belum tahu lagi dah berapa kilo
sebab bulan nie xde check up kat klinik
bulan depan baru ada so bulan depan la bru dapat tau dah bape kilo anak mummy nie
tapi mesti naik kan sebab anak mummy minum susu ibu
perkembangan Qareez setakat nie

  • dah mula nak menyarap
  • dah peka (pantang je nak tinggal kan die dah berjaga)
  • gelak-gelak besar terutama dicium ketiak ye
  • dah ada bunyi-bunyi tanda nak membuang
  • mengeraskan diri tanda protes
mummy sayang Qareez..
pic lain kali update

Wednesday, December 22, 2010

Breasfeeding

arinie nak cerita pasal Breasfeeding..qareez sememamng nyer tak nak direct terus dari aku. lagi...qareez dah selesa guna botol susu..tapi aku berusaha mencari kenapa qareez tetiba tak nak direct dengan aku padahal selama ini nenen aku la yang die kejar2..aku cuba hulur kat Qareez tapi die hisap ujung2 je pastue tak nak langsung..ada orang kata bagus,lagi senang (mak mertua aku) guna botol susu..tapi bagi aku kurang sikit sebab kalau boleh aku nak qareez susu guna botol hanya waktu aku bekerja sahaja bukan setiap masa..bukan ape takde la pengalaman nenen aku kene gigit dengan si Qareez nie..walaupun aku berada di rumah aku tetap mengepam susu tuk si Qareez (letih sikit) kalau Qareez direct kan jimat sikit masa aku nie leh rehat sama...walaupun memang aku akui letih kena 2 jam sekali bangun untuk mengepam aku gagahi juga demi Qareez...puas mencari akhir nyer aku jumpa satu artikel nie..

"Sekalipun anda merupakan suri rumah, anda tetap memerlukan breastpump. Susu yang siap di pump perlu dimasukkan ke dalam botol. Pastikan, setiap hari si ayah akan memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi. Ketika itulah si ayah dapat membina hubungan dengan bayi," Kak Rin mencadangkan.

Bijak!

"Cumanya, ketika memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi, elakkan si ibu yang memberikannya. Bimbang wujud kekeliruan. Bayi akan keliru antara puting botol serta puting ibu," fakta yang luar biasa dikongsi lagi oleh Kak Rin.

"Sekalipun si ayah yang menyusukan bayi dari botol, si ibu perlu duduk jauh-jauh kerana mereka dapat menghidu bau ibu," Kak Rin menambah fakta luar biasa.

MasyaAllah, sungguh hebat ikatan seorang anak dan seorang ibu. Sehingga ke tahap itu. Luar biasa.

mungkin betul juga sebab ape Qareez jadi macam tue...tapi nak macamana (si ayah asyik membuta je)  ape-ape pun aku tetap akan mencuba..semoga dipermudahkan..amin

Wednesday, December 15, 2010

cian anak mummy

dapat sms dari penjaga Qareez

Salam...qareez demam skit..c.ina letak cool fever je dlu
sebab ubt syringe kecik xde..

huhuh aku dah dapat agak qareez akan diserang demam+ selsema
sebab anak si penjaga qareez selsema
tengah pegang qareez aritue
masa aku jemput Qareez 2 hari lepas
kerisauan dan mula bertapak
aku dah mengadu dengan sang suami
supaya berpesan  jangan dekat dengan qareez
kalau anak-anak die tengah selsema
semacamane aku pesan dekat adik ipar aku yang tengah selsema
mesti sang suami x sampaikan pesanan aku
malam tadi aku dah dapat rasa Qareez selsema
na..sekrang sah qareez dah demam
nie yang aku tak gemar
dah tau anak-anak die sakit kenape dibiarkan dekat dengan anak aku
nak je reply marah td tapi kang kata aku ape pulak
sayang qareez petang nie kite ge klinik ye sayang
tunggu mummy tau..
ya allah kau sembuh kan la segala penyakit qareez..kau lindungi la qareez sentiasa
AMIN..........

Tuesday, December 14, 2010

Hari Raya HAji

tada...kali ini aku nak post gambar masa Hari Raya Haji aritue
mekacih cik noor kasi pinjam card reader
kalau tak takde la nak upload gambar-gambar nie dalam blog
jom kita tengok..aksi-aksi keluarga kami




gambar nie senget la..so kena la korang menyenget juga ek..dah save tegak duk dalam nie jadi senget gak..lantak la


ermmm..geram ye nie yang buat nak balik rumah awal je


ehem-ehem kekawan di sebelah situ la mak kze merangkap mak mertua ku..

Qareez sakit

entri kali nie entri yang paling cuak aku rasa...semalam selepas ambik Qareez dari bangi kami terus balik rumah..Qareez tido dalam dakapan aku (best ye)..sampai rumah Qareez terjaga..aku tinggalkan Qareez bersama sang suami sementara aku nak mandi dan solat..lepas tue sang suami mintak aku tukarkan pampers Qareez..aku pun get ready dengan tuala yang telah diseterika sebab aku ingat nak tuam kat bird die yang dua,tiga hari ini aku rasa seperti Qareez tak selesa dengan bird die..lepas cuci semua aku start menuam tak lama lepas tue Qareez menangis dengan sangat kuat ye..aku stop menuam dan pujuk Qareez..tapi Qareez takde beri tanda-tanda akan berenti menangis..sang suami dukung Qareez nak bagi susu..Qareez tak nak dan terus menangis..aku dan sang suami macam-macam cuba tapi Qareez tetap menangis dan menangis sampai tersedu-sedu die..kami dah panik nak bawak pegi klinik Jameaton sekarang tengah rehat almaklum le tengah maghrib...kami buka selaur Qareez kami lihat ari-ari Qareez membengkak bila kami sentuh lagi Qareez menjerit..sah kat sinie sakit nyer..bile kami tengok kat bird die seakan-akan ada satu biji tersembul keluar..kami sangat panik...kami berusaha macam-macam nak pujuk Qareez sampai Qareez terlena sendiri sebab letih menangis...Qareez terlena dengan linangan air mata...sungguh kesian..sementara nak tunggu kul 8 Qareez pun tengah tido..kami lega sikit sebab ingat Qareez dah ok..tapi bila Qareez terjaga die menangis semula..kami pun tanpa banyak songel terus pegi klinik dengan apa yang ada..sang suami dengan kain pelekat..aku nasib baik dah tukar awal-awal..sampai klinik alhamdulah tak xde pesakit..tak lama lepas tue dok pangil masuk sebab kesian dengar suara baby menangis..masuk je setapak dalam bilik dok Qareez senyap...bila dok buka seluar Qareez...nak tau Qareez buat ape..Qareez ketawa..bile dok tue main-main dengan Qareez lagi besar la ketawa die..kami berdua nie terngaga sendiri(keliru) masa dok check buah die lagi la kami terngaga sebab tengok bird die kecik je...tak macam yang kami tengok masa kat rumah...dok check2 dok kata ok..lendir die pun dah kurang dari first2 die tengok masa dalam hari...perasaan kami masa tue hanya tuhan yang tahu...takut,cuak,risau dan teperanjat semua ada la..dok pesan kalau boleh jangan bagi die menangis kalau menangis ari-ari lagi boleh membengkak sebab tue die rasa sakit...dok tak cas kami apa-apa pun sebab Qareez ok..lagi pun kami pesakit tetap die dok tue kata...alhamdulilah Qareez ok tue yang penting bagi kami....masuk kereta Qareez terus lena sampai la pagi..bangun hanya nak susu..aku pun dah niat malam nie aku nak tido-tido ayam semata-mata pastikan Qareez ok...bagai nak tercabut nyawa kami saat-saat Qareez menangis tak berenti...tuhan turun kan dugaan buat kami..semoga kami tabah mengharungi dan semoga dipermudahakan hendaknya...amin

Sunday, December 12, 2010

Si Hitam ngok..

Eo: Nurul!!!!!! dah tengok email blom
aku: blom eo kenapa?
Eo: ermmm ada orang suh pantau u nie
aku: aik...(macam tekejut la)terus check email
Nurul,
-Rekod kehadiran kursus sudah update?
-Tangggung kerja Fadhilah - hentikan. Buat memo kpd Fadhilah & BPSM, CPK - ikut format utk EO Rahim. Pn Lai sign.
-Update senarai pegawai tanggungkerja di BKA.
Saya nak tengok semua ini selesai hari ini.(macam bagus!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)
* Pn Hussainah - pantau laporan kehadiran kursus dan list tanggung kerja.
Fail Pelbagai Kewangan dah lebih dari 10cm. Tutup fail dan buka fail baru.
Semak fail-fail lain yg perlu tutup juga.
**CC Muna - pantau fail BKA.
tetiba hati jadi panas..geram..
sebab aku rasa sangat tercabar ok
kalau sebelom-sebelom ini aku masih boleh terima
sebab aku angap die orang atasan
tapi kali ini dah mcam terlebih la pulak
macam aku nie dah tak buat keje ke...
siap suruh pantau lagi
makaaai..benci ye aku kat si Hitam nie
die dah bagus sangat ek
buat keje
padahal dekat je salah ke kalau bagi tau sendiri
dah bisu la gak nyer kan
kalau aku nie jenis baca email 24 jam tak pe la juga.. 
banyak lagi keje aku weih
nasib la ko Si Hitam..almaklum je la ek
selama nie aku susah nak benci orang
tapi kalau aku dah start benci orang
selama-lama nyer aku benci

Wednesday, December 8, 2010

dah agak...jadi macam nie

saya amat tak suka
kalau dah jadi macam nie
hati saya tak tenang
selagi tak baik
niat hanya nak bawak berbincang
tapi lain yang jadi
saya tak boleh lama-lama macam nie
mohon sama-sama atasi
tapi kalau sorang je yang nak mengalah
nak buat macamane
tunggu je la selagi mampu
insyallah jika tuhan izinkan


Tuesday, December 7, 2010

rasa bersalah

maafkan mummy Qareez
sebab mummy paksa Qareez direct dari mummy
Qareez muntah malam tadi
mummy kesian tengok Qareez tak cukup susu yang mummy bekalkan dekat botol
mummy lak tak bawak pam
sebab ingat sekejap je kat pasar malam tue
sebab tue mummy cuba juga bagi direct
biar Qareez tak kehausan
mummy masih ingat pandangan mata Qareez pada mummy
Qareez cuba hisap walaupun macam tak nak
sebab Qareez hauskan
alhamdulilah Qareez hisap juga
mummy pun seronok sebab mummy rindu sangat nak Qareez hisap dari mummy semula
macam Qareez masih dalam hari
tak lama lepas tue
Qareez muntah
muntah dengan banyak ye
Ya allah..mummy rasa bersalah sangat
mummy terpikir kenapa ek Qareez muntah
sebab air susu mummy laju sangat ke..atau
sebab dah biase guna botol dah tak sama dengan mummy nyer yang original nie
aduhai  kesian Qareez
sebab kalau mummy tak paksa mesti Qareez tak termuntah kan
habis baju Qareez basah
baju mummy tak pe la..mummy tak kisah pun
rasa bersalah pada kamu lagi penting
lepastue Qareez tido dengan baju yang berbau muntah tue
lagi la mummy rasa bersalah
tak sempat nak tukar baju..sebab memang tak bawak baju spy pun
nasib baik dah otw nak balik rumah
maafkan mummy ye sayang
mummy tak boleh lupa ecident tue
pasnie mummy tak nak paksa ge..
mummy sayang sangat kat Qareez
mummy cuba yang terbaik untuk buah hati mummy nie




Monday, December 6, 2010

saya sedang marah

 
Menyampah sungguh
dah tau no tel nie bukan no tuan nyer yang dulu lagi
sudah la
tak payah nak tel-tel lagi
siap pas-pas kat kawan-kawan yang lain pulak
dah tue pura-pura tanya kita sape
sepatut ye aku yang tanya kau sape
siap nak kenal-kenal
aku dah kahwin ok
jangan buat aku marah
berani la kalau main tel-tel lagi
jangan marah kalau dapat 
maki FREE...dari aku FAHAM...

Friday, December 3, 2010

sape langgar sape

pagi nie pegi keje naik motor ge
oleh kerana kuar rumah kul 7
aku pun kene la pecut cikit
mase dalam perjalanan 
selepas satu selekoh tue 
tetiba datang sekor burung
terbang rendah dengan laju nyer
aku pun dengan tak sengaja
kiteorang berlangar
sape langar sape aku tak tau
yang aku tau aku tak bersalah
sape suruh die terbang rendah
sama ada burung tue selamat atau tak
tuhan je yang tahu
aku pun teruskan perjalanan
tak lama lepas tue aku perasan kain aku macam basah
bile aku tengok
makkkkkai..geram betul la dengan burung tue
die berak kat kain aku
bile check2 ge kat sweater aku pun ada
erm nak xnak kene teruskan perjalanan juga la
so sepanjang perjalanan aku buat bodoh je dengan kain aku
dan bau-bauan yang ada
sampai opis terus ge toilet ge cuci kain aku
nasib baik hilang cuma bau-baunnya ada sekali sekala
nasib la ko burung..sape suh xtengok kiri kanan
pastue tinggalkan kesan kat kain aku ..
nasib baik sempat sampai opis
kalau aku sampai lambat tadi nahas ko balik aku cari...


Thursday, December 2, 2010

kesian abah dan mak

semalam lepas balik keje aku dengan family mertua pegi MAHA.Qareez terpaksa kiteorang amik lewat sebab tak boleh bawak die sekali dengan keadaan yang sesak macam tue.so masa sedang aku tengok-tengok tel aku berbunyi.sekali aku jawab abah yang tel ruper-rupernyer.abah tanya aku dekat mana so aku pun jawab la aku ada dekat MAHA sekarang.Abah tanya pegi tengok kambing ke? so aku pun jawab la a'a sambil menjawab sidah kan nak jadi pengusaha kambing yang berjaya..tetiba suara abah sebak pastue die menangis..aku pun cuak la nape lak dengan abah nie..rupe-ruper nyer kambing abah dah habis semua dijual..abah sebak sebab terpandangkan kandang yang dulu penuh dengan kambing sekarang dah kosong..aku pun terdiam bile dengar abah cakap macam tue yela aku memang tahu kambing abah tue akan dijual sebab atas faktor usia abah yang dah tak larat nak menjaga seorang diri..ada anak-anak tak boleh diharapkan sepenuhnyer..aku sedar semua tue..aku tahu abah memang cukup sayang pada kambing-kambing ye sedangkan aku sendiri pun dah biase dengan kambing-kambing abah tue apatah abah sendiri yang hari-hari mengadap...Tauh,Siti,Upin & Ipin semua dah takde so pasnie cucu-cucu abah pun tak tahu nak tengok binatang ape kat kg tue sebab selalunyer bile cucu-cucu abah balik kampung kandang kambing la tempat dieorang nak kenal binatang.aku suh abah sabar jela banyak-banyak insyallah ada rezeki bela la sekor dua buat pengubat rindu.

Aku tel mak ingat nak suh tengok-tengokkan abah yang tengah bersedih tue..ruper-rupernyer mak pun mengalami situasi yang sama iaitu bersedih..mak kata mak tak boleh nak pandang kambing-kambing tue semua masa dalam lori sebab semua kambing-kambing tue pandang kat mak dengan pandangan yang sayu, sedih nak meninggalkan tuan nyer..ya allah aku dapat rasakan situasi mak kala itu...mak kata mak sampai lari pegi belakang masa lori mula begerak tinggalkan rumah...apa kah daya sesungguh nyer aku turut besedih kerana kedua orang tua aku sedang bersedih.pastue mak tak nak cakap lagi..aku tau mak mesti tengah menangis juga..
lepas dari tel mak terus mood aku pun sedih..teringat masa aku selalu tolong abah bagi makan kat kambing..tolong bersihkan macam-macam ge la..

pada mak dan abah jangan sedih-sedih ye nanti ada rezeki kite bela la yang tggl tue..yang penting abah ngn mak kene sentiasa sihat.sidah sentiasa doakan mak ngn abah..qareez pun selalu rindu kt atok ngn nenek..