Sunday, February 27, 2011

kursus

Esok mummy Qareez kena pergi kursus e-SisDok selama 4 hari di Cameron Highland..so bermakna mummy Qareez akan berpisah dengan Qareez sepanjang kursus tersebut..ermm macamane la perasaan mummy masa tue nanti ye..mummy mane pernah berpisah dengan Qareez pergi keje je pun mummy dah rindu-rinduan nie kan pulak nak berjauhan..mummy risau sebenar nyer nak tinggalkan Qareez dengan daddy..mummy takut daddy tak bangun malam bagi susu, tukar pampers, urut minyak kat perut Qareez macam selalu mummy buat setiap malam.mummy dah try tengok 2 malam nie pun daddy macam susah je nak bangun tapi bile mummy dok bebel daddy kata "daddy akan bangun bile mummy tak de..disebabkan mummy ada daddy jadi malas je" leh caya ke tue..stok susu Qareez mummy dah siapkan awal-awal jangan risau ye sayang Qareez stil akan minum susu mummy cuma mummy je la takde nak main-main dengan Qareez nanti..takpe nanti mummy balik mummy ganti balik.

setakat nie perasaan mummy tak ketara sangat mungkin sebab masih disinikan..ape-ape pun mummy cuba dulu la nak tahu macamane keadaan ye nanti sama ada mummy nie tabah atau tidak mummy cerita dekat next entry nanti.

buat daddy tolong jaga Qareez bebaik ye..jangan tak bangun tau..kesian Qareez nanti.

Thursday, February 24, 2011

Aktiviti kami

Assalamualaikum semua...
hari nie nak update cerita baru..sebenar nyer cerita nie pun dah lepas pun cuma baru nak upload dalam blog..hehehe almaklum je la kekawan saya nie kalau ada sesuatu terjadi aktiviti blog saya pasti akan terhenti sekejap kekadang sampai berhari-hari bukan apa kalau nak menulis di blog nie saya tak suka kalau time mood tak baik sebab saya takut akan terlepas menulis sesuatu yang tak baik kemudian ada sesiapa terbaca lalu terguris hati..seperti apa yang sudah berlaku so saya jadikan semua tue sebagai pengajaran.

ok la 12 Februari hari tue mak mertua saya ada kursus di Petaling Jaya so suami ditugaskan untuk bookingkan hotel untuk tempat mak mertua saya bermalam malam tue..bukan ape senang kata nyer nak gerak ke tempat kursus esok nyer so suami pun pergi la check inkan hotel dulu. sementara menunggu mak mertua habis kursus kami anak beranak dengan senang hati nyer telah menyelepahkan dulu bilik penginapan mak mertua aku.heheheh Qareez sempat la tido sekejap kat situ dan meninggalkan poo poo nyer di selimut..

jom kita tengok gambar kami di sekitar bilik

Qareez bersama mummy



waktu nie Qareez tengah geram tengok pak busu nyer mandi swimming pool..
malam tue kami balik...mak mertua ajak tido sekali kat situ tapi kami tak bawak ape2 pun kecuali baju qareez..tapi keesokkan pagi nyer kami datang semula...next cerita di entry akan datang.

Wednesday, February 16, 2011

Saya janji saya akan perbaiki semula seperti sedia kala

terima kasih kawan-kawan..
saya seronok bile ada sahabat seperti itu
saling ingat mengingati bila kita terlupa..
bantu membantu bile kita susah...
turut sama bersedih bila kita dalan kesedihan...
bukan hipokrit depan lain belakang lain
bukan senang nak cari sahabat yang
sebegini sekarang nie..
susah senang biarla bersama
insyallah saya azamkan dalam hati 
akan saya perbaiki semula seperti sedia kala
memang ada saya sedari
saya bukan seperti dulu
bukan saya sengaja
juga bukan saya minta
saya telah cuba yang terbaik
dan sentiasa ingin yang terbaik
insyallah semoga allah sentiasa bersama saya
dipermudahkan apa yang saya mahu
seiring dan sekata
dengan izin dan rahmatnya
AMIN..

Tuesday, February 15, 2011

Stok EBM seterusnya

hari ini saya nak cerita mengenai stok susu saya yang seterusnya. alhamdulilah syukur yang tak terhingga rezeki Qareez anakanda tersayang masih ada. nie stok bulan Januari yang telah berjaya saya kumpul.stok bulan Disember telah saya hantar ke rumah pengasuh untuk kegunaan harian sehingga la habis.cuba tengok stok saya bulan Disember dan bulan Januari ada perubahankan..AMIN..

Stok bulan Disember

Stok yang berjaya dikumpul bulan Januari

alhamdulilah berkat yang diberikan cuma saya perlu berusaha lagi gigih mengumpul, mengepam dan rajin bangun mengepam ditengah-tengah malam cuma kekadang bile dah malas menguasai saya terlepas juga sesi mengepam..almaklum je la Qareez dah semakin senang tidur malam nyer..tak sedar sampai susu pun saya hulurkan kemulut baru hisap kalau tidak sampai kepagi la die tak nak susu.jangan buat selalu macam nie Nurul..ingat harus teruskan bangun membuat stok.

gambar dari sudut jauh..sila abaikan makanan dibawah



ok sesi stok EBM akan saya udate dari bulan ke bulan..setakat nie kat area makanan bawah juga telah penuh untuk stok bulan Februari stok bulan Januari baru terusik dalam 10 botol sebab stok bulan Disember telah pun selesai. Wekend nie ingat nak kemas semula botol-botol tersebut sebab dah takde ruang tuk simpanan makanan..so en suami adakah kite perlu deepfrezer untuk stok nie semua..sabtu nie kite tengok nyer macamane.



Qareez 5 bulan

ok..anak bujang saya sekarang nie dah 5 bulan lebih ye
nak update checkup Qareez aritue
perkembangan kesihatan Qareez alhamdulilah
meningkat dengan sihat nyer
berat Qareez dah 7kg sekarang nie..alhamdulilah
semakin lasak, semakin debab
permintaan susu pun dah semakin meningkat kalau sebelum-belum ini 
Qareez akan dibekalkan 4 botol x 5oz ke rumah pengasuh
sekarang nie kena upkan 6 botol x 5oz ye
waktu tidur Qareez dah sama setelah di teraining setiap hari iaitu kul 10.00 malam
ok untuk makluman Qareez dah start makan ye
sebab setiap malam die kelihatan seperti kelaparan
minum susu 7oz pun masih tak kenyang
mulut die seolah-olah mengunyah
lagi pantang bile tengok orang lain makan
Qareez akan geram..
so saya telah cuba bagi mestum
die makan dengan selera nyer
nanti saya upload gambar die first2 makan ye
kemudian baru la die tidur dengan lena
sejak itu saya ambil keputusan bagi die makan
tapi dalam kuantiti yang sedikit je
nak bagi die jangan kelaparan sangat
sekarang nie saya tengah mencari
pengisar untuk kisar bubur anak bujang saya nie
insyallah saya akan berusaha untuk bangun lagi awal
untuk buat bubur die setiap hari
insyallah semoga usaha saya dipermudahkan
ok jom kite layan gambar terbaru Qareez yang dah berusia 5 bulan nie.

dah pandai meniarap
dan menelentang semula
sedang mula nak mengangkat bontot die untuk maju kedepan
mengesut bukan kedepan atau kebelakang
tetapi berpusing ye
gambar Qareez meniarap di next entri k..

sudah kembali

fuhh lama saya xupdate blog
memang sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk sedikit
dan ada beberapa perkara yang telah berlaku
mengakibatkan saya terpaksa meninggalkan hobi saya buat sementara waktu
jadi memandangkan hari ini boss saya telah MC jadi saya akan menggunakan
sepenuh masa saya dengan mengupdate blog saya..horeyyyy
banyak yang nak dikongsikan terutama mengenai anak bujang saya dan cerita penyusuan saya
mengenai kejadian yang berlaku saya angap satu ujian dari allah untuk saya sekeluarga
mana yang boleh dicerita insyallah akan saya kongsikan
mane yang tidak biarla saya seorang yang tahu
saya muhasabahkan diri
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH. YANG SALAH ADALAH APABILA MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.
“Manusia tidak akan dapat mengalahkan
syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak
dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah
lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada
diri manusia”
baik la tanpa membuang masa saya akan becerita dari mula saya tinggalkan blog saya
sehingga kini.