Wednesday, December 22, 2010

Breasfeeding

arinie nak cerita pasal Breasfeeding..qareez sememamng nyer tak nak direct terus dari aku. lagi...qareez dah selesa guna botol susu..tapi aku berusaha mencari kenapa qareez tetiba tak nak direct dengan aku padahal selama ini nenen aku la yang die kejar2..aku cuba hulur kat Qareez tapi die hisap ujung2 je pastue tak nak langsung..ada orang kata bagus,lagi senang (mak mertua aku) guna botol susu..tapi bagi aku kurang sikit sebab kalau boleh aku nak qareez susu guna botol hanya waktu aku bekerja sahaja bukan setiap masa..bukan ape takde la pengalaman nenen aku kene gigit dengan si Qareez nie..walaupun aku berada di rumah aku tetap mengepam susu tuk si Qareez (letih sikit) kalau Qareez direct kan jimat sikit masa aku nie leh rehat sama...walaupun memang aku akui letih kena 2 jam sekali bangun untuk mengepam aku gagahi juga demi Qareez...puas mencari akhir nyer aku jumpa satu artikel nie..

"Sekalipun anda merupakan suri rumah, anda tetap memerlukan breastpump. Susu yang siap di pump perlu dimasukkan ke dalam botol. Pastikan, setiap hari si ayah akan memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi. Ketika itulah si ayah dapat membina hubungan dengan bayi," Kak Rin mencadangkan.

Bijak!

"Cumanya, ketika memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi, elakkan si ibu yang memberikannya. Bimbang wujud kekeliruan. Bayi akan keliru antara puting botol serta puting ibu," fakta yang luar biasa dikongsi lagi oleh Kak Rin.

"Sekalipun si ayah yang menyusukan bayi dari botol, si ibu perlu duduk jauh-jauh kerana mereka dapat menghidu bau ibu," Kak Rin menambah fakta luar biasa.

MasyaAllah, sungguh hebat ikatan seorang anak dan seorang ibu. Sehingga ke tahap itu. Luar biasa.

mungkin betul juga sebab ape Qareez jadi macam tue...tapi nak macamana (si ayah asyik membuta je)  ape-ape pun aku tetap akan mencuba..semoga dipermudahkan..amin

2 comments:

Anonymous said...

salam kenal... Menjayakan penyusuan memerlukan hati yang kental. Cabaran sentiasa ada namun jika sabar, insyaALLAH kita akan menikmati berkat kemanisan sifat bersabar itu tadi. Jangan kerana hasil perahan kita tidak sama dengan ibu yang punya hasil perahan banyak kita sudah mula kecewa. Sabar dan teruskan usaha. Nescaya misi penyusuan selama 2 tahun akan dicapai dengan penuh kepuasan. InsyaALLAH...
.akhir kata.....kalau dah rezeki..tak kemana.. tapi kene ingat yang rezeki tu tak datang bergolek tanpa usaha,tawakal dan doa..tiada jalan mudah atau singkat utk menjayakan penyusuan.. more info dan tips disini
http://everybodylovescery.blogspot.com/search/label/BREASTFEEDING

sharing is caring..goodluck dear

shaida said...

terima kasih..insyallah saya sedang berusaha.semoga dipermudahkan

Post a Comment