Thursday, March 24, 2011

Qareez demam lagi

arinie Qareez demam lagi..sebelum-sebelum nie Qareez hanya selsema dan batuk tapi hari tue selepas balik keje suami kata badan Qareez panas.hati dah risau gulanah..sampai rumah dapatkan Qareez  memang betul badan Qareez panas lain dari biasa..so malam tue lepas bagi ubat aku letakkan tuala basah pada Qareez dengan harapan agar panas badan nyer surut..aku tahu Qareez tak suka nak makan ubat aku pun kalau diikutkan hati tak nak Qareez bergantung pada ubat tapi memandangkan kesihatan nyer nampak agak teruk aku gagahkan juga suap ubat ke mulut comel tue walaupun teruk Qareez melalak tak nak..akibat nyer lepas makan ubat Qareez akan tidur..kesian aku tengok..wahai anak kalau la mami boleh ganti sakit tue mami sanggup amik dari kamu..biar mami yang tanggung semua nyer..

malam tue aku pantau lagi badan nyer..aku rasa makin naik adalah ..aku perasan bile aku letak tuala basah sekejapan je tuala tue kering..aku rasa makaiii panas nyer..terus malam tue aku tak boleh lelapkan mata..sebab Qareez dah merengek-rengek tak sedap badan mungkin..aku tengok bibir die dah merah macam pakai lipstik..so pagi tue aku nekad dengan suami saya amik cuti dulu..pagi-pagi ge hospital nk tengok suhu die 38oc dah panas giler tue..doktor bagi ubat masuk bontot sebab dah panas yang terlampau untuk bayi sekecil 6 bulan..dok suggest beli termometer (ntah betul ke x ejaan aku nie) untuk pantau suhu kt rumah kalau tak kurang suruh datang balik..demi anak kami beli juga walaupun masa tue belom gaji lagi hehehe..

Muhammad Qareez biar mami tak cukup tidur..biar mami tak sempat nak makan..tak sempat nak mandi..yang penting anak mami sentiasa dapat perhatian dari mami dan daddy..mami doakan semoga Qareez cepat-cepat sembuh ye sayang..rindu mami nak tengok gelak ketawa Qareez..




No comments:

Post a Comment