Thursday, March 31, 2011

Qareez 7 bulan sudah

sorry sayang anak mummy
mummy lambat update pasal kamu
lagi pun mummy risaukan kesihatan kamu berbanding hal-hal lain
alhamdulilah syukur anak mummy dah sihat
seperti sedia kala
sempena kamu 7 bulan nie mummy macam biase la 
nak letak gambar terbaru kamu
tapi kali ini mummy xfocus pada muka ek
sebab mummy geram sangat tengok kat part nie
kalau orang lain tak tau la
jom layan

kaki nie yang mummy paling geram..nak gigit-gigit
nyum-nyum





Qareez setakat nie dah berjaya angkat bontot die cuma tak mahu kedepan
tapi die berguling
agar dapat pergi lagi jauh begerak
dah pandai pegang botol die sendiri
apa-apa pun Qareez mummy doakan Qareez sentiasa dilindungi,disayangi
semoga aku membesar dengan sihat ye sayang.
mummy love so much

Thursday, March 24, 2011

Qareez demam lagi

arinie Qareez demam lagi..sebelum-sebelum nie Qareez hanya selsema dan batuk tapi hari tue selepas balik keje suami kata badan Qareez panas.hati dah risau gulanah..sampai rumah dapatkan Qareez  memang betul badan Qareez panas lain dari biasa..so malam tue lepas bagi ubat aku letakkan tuala basah pada Qareez dengan harapan agar panas badan nyer surut..aku tahu Qareez tak suka nak makan ubat aku pun kalau diikutkan hati tak nak Qareez bergantung pada ubat tapi memandangkan kesihatan nyer nampak agak teruk aku gagahkan juga suap ubat ke mulut comel tue walaupun teruk Qareez melalak tak nak..akibat nyer lepas makan ubat Qareez akan tidur..kesian aku tengok..wahai anak kalau la mami boleh ganti sakit tue mami sanggup amik dari kamu..biar mami yang tanggung semua nyer..

malam tue aku pantau lagi badan nyer..aku rasa makin naik adalah ..aku perasan bile aku letak tuala basah sekejapan je tuala tue kering..aku rasa makaiii panas nyer..terus malam tue aku tak boleh lelapkan mata..sebab Qareez dah merengek-rengek tak sedap badan mungkin..aku tengok bibir die dah merah macam pakai lipstik..so pagi tue aku nekad dengan suami saya amik cuti dulu..pagi-pagi ge hospital nk tengok suhu die 38oc dah panas giler tue..doktor bagi ubat masuk bontot sebab dah panas yang terlampau untuk bayi sekecil 6 bulan..dok suggest beli termometer (ntah betul ke x ejaan aku nie) untuk pantau suhu kt rumah kalau tak kurang suruh datang balik..demi anak kami beli juga walaupun masa tue belom gaji lagi hehehe..

Muhammad Qareez biar mami tak cukup tidur..biar mami tak sempat nak makan..tak sempat nak mandi..yang penting anak mami sentiasa dapat perhatian dari mami dan daddy..mami doakan semoga Qareez cepat-cepat sembuh ye sayang..rindu mami nak tengok gelak ketawa Qareez..




hati saya sakit

serius..saya sangat sakit hati hari ini
sakit yang tak dapat di ubati
walau dengan apa cara sekali pun
ya allah sempena hari jumaat yang mulia ini
kau berikan la aku kesabaran setinggi-tinggiye ya allah
agar aku mampu teruskan tugas ini dengan seikhlas nyer
walaupun apa yang aku lakukan selama ini di perkotak katikkan
aku dah cuba yang terbaik seperti yang aku janjikan
tapi orang tetap pandang aku sebelah mata
tak mengapa ya allah aku redha..tabahkan hati ku..kuatkan semangatku..
tolong ya allah hamba mu ini perlukan kekuatan mu
:( (saya menangis untuk bersihkan hati yang terluka ini)

kursus :) makan angin

 ok nak cerita sambungan dari pada kursus yang aku pergi tempoh hari..setelah penat otak memikirkan sistem kami dibawa melawat ke beberapa tempat menarik disana..sangat teruja bila merasa sendiri pengalaman memetik strawberi sampai sakit pinggang aku dibuat ye..petik sampai tak ingat dunia..jom layan

geram tak tengok strawberi nie..

beria-ia memetik tue

hasil memetik yang berjaya diperolehi
memanjat pulak..

tengok ladang teh saya....
tangan dah gatal nak memetik..tapi ada orang menunggu pulak
dapat buat ulam nie..perghhh sedap






apa-apa pun aku sangat puas hati..salah satu tempat yang aku nk pergi sangat dari zaman sekolah dah termakbul...sangat seronok insyallah kalau ada rezeki nak datang lagi dengan family pulak kali ini..

Monday, March 7, 2011

aktiviti 2

ok nak sambung cerita akiviti kami sekeluarga haritue..
daddy ngn mummy nak ajar Qareez main air sejuk supaya lepas nie boleh la Qareez mandi dengan air sejuk je..alang-alang ge hotel tempat mak mertua aku menginap aritue,kami pergi la kat swimming pool nyer..oleh kerana swimming pool untuk kanak-kanak tak de so aku cadangkan agar Qareez diperkenalkan sahaja dengan air dulu..pelampung pun tak sempat nak beli so ini la jadi ye..jom kita layan

badan anak dengan badan daddy dah same je kehkehkeh
asal sikit je air kat kaki nie
yeah main air..yahoo
mummy..te..te..tejuk ye(sejuk ye)
tak sempat nak pakaikan seluar..sudah mintak isi minyak.haus..haus..
landing keletihan bermain air
cak..ba..
yum-yum sedap ye tangan nie
Qareez sayang mummy ngn daddy..muah..muah  






* mummy pun nak main air sebenar ye..susah2 sanagat nanti mummy pinjam kolam pak busu kita main puas2 ye Qareez..sttt senyap2

Ada tokoh nak jadi YB tak?

arinie nak upload gambar anak bujang saya yang dah 6 bulan lebih sekarang nie
semakin ligat sekarang nie
berguling-guling 
sedar-sedar dah sampai bawah meje komputer
yang paling tak lupa anak bujang merajuk
jom layan pic

anak bujang dah senyum kambing..
cepat la daddy bawak kete..panas nie
haih dah la tue..cepat jalan
heheheh
sedang memikirkan masa depan menjadi seorang YB..

hahaha cuba tengok ada tokoh x nak jadi YB?
siap bersongkok bagai
nak jadi pemimpin anak mummy sorang nie
mummy doakan anak mummy menjadi seorang yang berjaya,berilmu, beragama kelak
lepas tue jangan lupa dekat mummy ngn daddy nie ye.
AMIN



Sunday, March 6, 2011

akibat pergi kursus

assalamualaikum...saya sudah kembali daripada kursus.
ermm banyak cerita yang masih aku belum saya cerita dalam blog..nanti la slow-slow aku akan kongsi walaupun peristiwa yang berlaku sudah lepas aku tidak mahu satu pun yang tertinggal dalam blog kesayangan aku nie..bukan apa dengan blog nie je kenangan yang ada untuk anak bujang saya baca bile die besar nanti..
sepanjang tempoh kursus aku jarang dapat bersiaran sebab kusyuk dengan sistem yang sedang aku pelajari..ialah kena la kusyuk mendengar sebab aku pasti bile balik nanti mesti my boss akan tanya..so sediakan payung sebelum hujan..
ok la pasal kursus aku akan cerita dekat entri lain ye sebab aku nak cerita dekat sini "akibat daripada aku pergi kursus" macam series je kan..tapi sebenar nyer bile dikenang kelakar pun ada..sungguh aku tak sangka.
anak bujang saya merajuk..sungguh aku xsangka..tak duga pun meh aku cerita
aku sampai kl dalam kul 7 lebih..aku tengok suami dah sampai..so aku budget mesti Qareez pun ada sama.aku pun cepat2 turunkan barang x sabar weih nak jumpa anak..tapi bile sampai kat kereta anak bujang saya takde..suami kata Qareez masih dirumah pakcik, lepas jemput saya baru amik Qareez..so perasaan ada kehampaan sikit sebab rindu tahap gaban kat anak bujang saya tue.
sampai kat rumah pakcik..anak bujang saya berada di atas riba cik ina..saya pun pe ge dari luar rumah duk pangil-panggil nama Qareez..Qareez..sampai la saya betul-betul didepan Qareez..tapi nak tau anak bujang saya palingkan muka ke arah lain..sambil tangan nyer dok kuit-kuit kat kerusi..dengan mulut yang muncung..haik aku terpaku sekejap merajuk ke anak aku nie (dalam hati aku la)..aku try ge tapi kali nie Qareez dah ada dengan suami..situasi ye sama juga Qareez akan larikan muka bile aku cuba acah-acah die..hurm aduhai
tapi aku tak putus asa kali ini aku ambil Qareez..aku dukung die..acah-acah die tapi qareez masih sama die tak nak pandang muka aku..perasaan aku mase tue dah nak meraung dah tapi aku cover je..
dalam kereta aku umpan qareez lagi..die dah senyum2 tp masih xnk pandang aku..kalau daddy die panggil laju je pandang..xpe la anak mummy bagi masa..so malam tue Qareez tido dengan daddy aku tido dalam bilik..tup-tup aku terjaga Qareez dh ada kat sebelah..daddy pindah masuk bilik ruper nyer malam tue...aku belek2 muka je Qareez tapi die tak sedar..tak sangka si kecik macam tue dah pandai merajuk..mummy janji pasnie mummy tak tinggal sayang k..
esok ye Qareez terjaga aku orang pertama yang main-main dengan die..akhir nyer die pandang muka aku dan die senyum..hahahaha seronok nyer..pastue aku takjauh dengan die sampai aku ge dapur pun aku dokong die..Qareez pun same kalau die tidur kat riba aku tangan die akan pegang baju aku kuat..mesti tak nak kasi aku lepas kan...i love u sayang

* daddy dengki nasib baik takde video kalau tak die nak rakam aksi aku sedang memujuk si anak.